TERMA & SYARAT

TERMA & SYARAT

Para pelanggan yang dihormati, Butik Maria benar-benar berharap bahawa para pembeli serius dan bersedia untuk membuat bayaran dalam masa yang ditentukan dan bersetuju dengan Terma & Syarat dalam membuat pesanan.

Setelah tempahan dibuat sila periksa email dari kami di inbox atau spambox atau junkbox dalam masa 24jam untuk mendapat maklumbalas dari Butik Maria.

Bagi mereka yang 'backout' atau terlambat dalam pembayaran tanpa sebarang notis,Butik Maria mempunyai hak untuk 'BLACKLIST' kumpulan pelanggan ini.  Oleh kerana itu semua emel dari pelanggan tersebut tidak akan dilayan. Butik Maria menyarankan pelanggan untuk membaca dan memahami tentang Terma & Syarat.

Terma & Syarat
1. Tempahan hanya dibenarkan dalam tempoh 3 hari sahaja. Sekiranya tiada pembayaran dibuat dan ada pembeli lain yang telah membuat pembayaran maka tempahan dengan sendirinya akan terbatal.

2. Semua harga yang dipaparkan tidak termasuk kos pengeposan/penghantaran. Sila perhatikan bahawa akan ada bayaran minimum kos penghantaran dan ianya bergantung pada berat barang dan lokasi.

3. Kami akan menggunakan Poslaju Malaysia. Kos penghantaran ke destinasi seperti berikut:
    a) Semenanjung Malaysia adalah RM6 untuk 500g pertama dan RM3 untuk 250g berikutnya.
    b) Sabah & Sarawak adalah RM9 untuk 500g pertama dan RM4 untuk 250g berikutnya.
    c) Promo free postage limitad for delivery within Malaysia only.

4. Sila pastikan bahawa penghantaran ke alamat anda mempunyai seseorang di siang hari kerana Poslaju memerlukan tandatangan anda pada saat penghantaran. Jika tidak mereka akan meletakkan barang di pejabatPoslaju terdekat dan anda akan harus mengambil sendiri di sana.

5. Barangan ready made akan dihantar sehari selepas pihak kami mendapat bayaran sepenuhnya dari pembeli. Barangan custom made akan dihantar seminggu selepas mendapat bayaran sepenuhnya dari pembeli. Penghantaran hanya dibuat pada waktu bekerja Isnin dan Jumaat.

6. Barangan yang dijual TIDAK BOLEH dipulang balikatau ditukar.

7. Kami menggunakan khidmat Poslaju/Pos Ekspress bagi tujuan pengeposan dan penghantaran.

8. Sila menghantar emel dan memberitahu kami mengenai penerimaan barang. Jika kami tidak mendengar dari anda dalam masa 7 hari, kami akan menganggap bahawa anda telah menerima barangan tersebut.

9. Pembelian adalah atas risiko anda sendiri.

10. Produk adalah 100% dalam keadaan baru dan baik.